Lagu Bangsa Johor
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.
Bendera Negeri Johor
Anak bulan
dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian
yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian
yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
Jata dan Lambang Negeri Johor
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat
Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal
negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang
dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang
memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu
masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah
bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal
bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH"
ialah
cogan negeri Johor