Mengenal
negeri dan ibu negeri di Malaysia
Malaysia terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga
wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer
persegi (127,350 batu²).[2][13]
Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo
Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).
Negeri-negeri di Malaysia
Ibu
negara
Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur. Ia kekal sebagai pusat utama bagi
kegiatan kebudayaan, perniagaan serta kewangan di Malaysia. Parlimen Malaysia
serta kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong juga terletak di Kuala Lumpur. Pada
tahun 2001, pusat pentadbiran kerajaan dipindahkan dari Kuala Lumpur ke bandar
raya terancang Putrajaya yang kemudiannya
bertindak sebagai pusat pentadbiran persekutuan atau ada kalanya dirujuk
sebagai ibu negara pentadbiran. Kedua-dua bandar raya tersebut, bersama-sama Labuan, mempunyai status Wilayah Persekutuan
Malaysia.
Ibu
negeri
Kesemua negeri di Malaysia kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
dan Sarawak, merupakan monarki berperlembagaan.
Empat negeri tidak beraja diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri
(Gabenor). Dengan itu, negeri-negeri beraja mempunyai bandar diraja atau bandar di mana terletaknya
istana atau kediaman raja masing-masing. Bandar diraja ini boleh jadi berbeza
daripada ibu negeri. Pentadbiran negeri dijalankan oleh kerajaan negeri
masing-masing yang dibentuk selepas memenangi pilihan raya.
Ibu Negeri Malaysia
Negeri
|
Ibu Negeri
|
Johor
|
Johor Bahru
|
Kedah
|
Alor Setar
|
Kelantan
|
Kota Bharu
|
Melaka
|
Bandaraya Melaka
|
Negeri Sembilan
|
Seremban
|
Pahang
|
Kuantan
|
Pulau Pinang
|
Georgetown
|
Perak
|
Ipoh
|
Perlis
|
Kangar
|
Sabah
|
Kota Kinabalu
|
Sarawak
|
Kuching
|
Selangor
|
Shah Alam
|
Terengganu
|
Kuala Terengganu
|
Kedudukan Ibu Negeri Di Malaysia
1
|
Kangar
|
9
|
Bandaraya Melaka
|
2
|
Alor Setar
|
10
|
Johor Bahru
|
3
|
Georgetown
|
11
|
Kuantan
|
4
|
Ipoh
|
12
|
Kuala Terengganu
|
5
|
Shah Alam
|
13
|
Kota Bharu
|
6
|
Kuala Lumpur
|
14
|
Kuching
|
7
|
Putrajaya
|
15
|
Labuan
|
8
|
Seremban
|
16
|
Kota Kinabalu
|